
Tahukah anda bahawa selain daripada Lapoi, ada 1 lagi baju tradisi warisan suku kaum Dusun Kimaragang? Kita biasanya terbiasa melihat Lapoi dipakai ketika musim Pesta Kaamatan oleh jelitawan Unduk Ngadau, namun tiada satu pun yang pernah memakai baju ini di mana-mana Pesta Kaamatan mahupun majlis kahwin diadakan. Ada satu orang saja yang saya tahu pernah pakai baju ni... NENEK saya.. (^_^). Baju tersebut diberi nama "KINALING". Saya sendiri pun tidak tahu sebenarnya. Saya hanya mengetahuinya bila saya bertanyakan kepada nenek saya tentang pakaian tersebut yang mana pada ketika itu dia sedang menyulam labuci untuk dijadikan hiasan baju tersebut. Menurut nenek dan ibu saya, pakaian ini kebanyakannya...