Monday, December 6, 2010

fool~~

| | 1 comments


I'm such a fool...
it's 5 years now n i'm still remember all the memories i had
with someone i love before.
I've tried really hard.
I've built another relationship with someone new
but i still failed to erase this feelings.
It's grow stronger each day n i feel it's burns in my chest.
Up 'till now, i'm still waiting n waiting for something impossible.
Oh! God..i can't get over him.
This frustration keeps growing
n each time the memories cross my mind, i feel like crying.
But, i can do nothing anymore...
for he's with someone else now...
B***y, God Bless u with happiness, health, wealth n long live.
I'm still waiting for u to come n loves me again cuz...
I'M STILL LOVING YOU~~

P/S: wauuuu..jiwang karat pula ni kali..hahahaha!!!
Read more...

Wednesday, September 1, 2010

Mimpi Burukku

| | 1 comments

Lama nda blogging.. tiba2 saja terlintas di fikiran utk blogging hari ini.. Ni semua gara mimpi buruk saya malam tadi...(bukan malamlah rasanya, macam pagi sudah tu...haha). Di mana dalam mimpi saya tu, saya bertengkar dengan adik saya. Kononnya waktu itu, adik saya berada di tangga tingkat atas rumah kami (macam apartment) dan saya pula di bawah (halaman bangunan rumah (apartment). Dalam keadaan marah adik saya membuang semua barang2 yg saya hadiahkan/beri kepadanya termasuk cermin, dan macam2 lagi.

Punca pergaduhan tersebut kononnya adalah ketidak puasan hati adik saya tentang kehidupan kami waktu itu yg agak 'sempit' dan serba kekurangan. Menurutnya konon, dia lebih senang sekiranya dia hidup sendirian dan tidak tinggal bersama2 dengan saya. Segala keburukan semasa kami tinggal bersama2 diungkitnya. (makan nasi tapau berlaukkan daging sama ayam pun diungkitnya bah! Haha..)

Yang membuatkannya lucu, adik saya menggigit cermin muka sehingga pecah sambil membalingkan serpihannya kepada saya. Saya bertekak dengan adik saya sehingga suara saya hampir tidak keluar gara2 terlalu banyak menjerit.

Apabila saya terjaga, saya masih lagi tersedu2 dalam tangisan..

Sebenarnya, ini kali kedua saya bermimpi adik saya mahu berpisah dengan saya. Dalam mimpi saya yang pertama tu, kami tidaklah sampai tahap gaduh2..cuma dia cakap, dia lebih senang kalau dia hidup sendiri..masa tu pun, saya menangis selepas bangun dari tidur saya.

Apa maksud mimpi saya tu? Bukannya mau percaya dgn mimpi tp orang bilang, kadang2 kita diberikan petunjuk atau petanda melalui mimpi. Saya ada juga cuba2 google maksud mimpi saya. Kebanyakan tafsirannya membawa maksud yg agak menyenangkan la..:).

1. mimpi berkelahi dengan org - akan mendapat wang
2. Mimpi menjadi Bisu/ seolah-olah bisu - kata-kata kita tidak dipercayai teman2
3. Bermimpi tentang keluarga - perjodohan akan segera tiba. Bagi yg sudah berumahtangga, cita2 akan berhasil.
4. Mimpi dimaki orang/teman - akan mendapat wang dengan segera
5. Mimpi sedang menangis - anda akan mendengar khabar bahagia
6. mimpi menangis dgn air mata bercucuran - datang rezeki besar berupa wang kpd anda.
7. Mimpi melihat rumahnya menjadi tinggi - akan mendapat rezeki lagi.
8. Mimpi melihat cermin pecah - akan ada musibah yang membayangi anda.

Apapun, Hanya Tuhan yang patut dipercayai. Bagi saya, mimpi boleh dijadikan panduan tapi bukan utk dipercayai..:) semoga pergaduhan seperti dalam mimpi ni tidak berlaku kepada saya. I love my younger sister very much...God Bless her..
Read more...

Friday, April 30, 2010

Kinaling - baju tradisi kaum Dusun Kimaragang

| | 0 comments

Tahukah anda bahawa selain daripada Lapoi, ada 1 lagi baju tradisi warisan suku kaum Dusun Kimaragang? Kita biasanya terbiasa melihat Lapoi dipakai ketika musim Pesta Kaamatan oleh jelitawan Unduk Ngadau, namun tiada satu pun yang pernah memakai baju ini di mana-mana Pesta Kaamatan mahupun majlis kahwin diadakan. Ada satu orang saja yang saya tahu pernah pakai baju ni... NENEK saya.. (^_^). Baju tersebut diberi nama "KINALING". Saya sendiri pun tidak tahu sebenarnya. Saya hanya mengetahuinya bila saya bertanyakan kepada nenek saya tentang pakaian tersebut yang mana pada ketika itu dia sedang menyulam labuci untuk dijadikan hiasan baju tersebut. Menurut nenek dan ibu saya, pakaian ini kebanyakannya dipakai oleh masyarakat Dusun Kimaragang di kawasan Pitas.
Melihat keunikan seni sulaman dan reka bentuknya, saya merasa amat tertarik dan menyimpan angan-angan untuk memilikinya. Alangkah gembiranya hati saya bukan kepalang apabila nenek saya menghadiahkan kepada saya sepasang baju Kinaling siap dengan corak bunga mawar. Apatah lagi bila baju itu disulami corak membentuk nama saya.. Saya rasa itulah baju kinaling yang paling asli kerana ia tidak diukur menggunakan alat pengukur seperti baju2 lain. Ianya dipotong terus mengikut bentuk badan dan kemudian dijahit (tau la dulu2..mana ada pita pengukur tu kan?) lalu dihiasi dengan sulaman benang berwarna warni dan labuci berkilauan.
Satu lagi yang unik pada baju ini ialah cara untuk memasang butang amat menarik di mana seutas benang digunakan untuk menutup bahagian depan baju. Benang tersebut dililitkan berselang-seli sehinggalah ke butang yg terakhir. Terdapat lebih kurang 10 pasang butang kesemuanya. (ala..macam ada satu sampul surat besar tu kan...itu benang dikasi lilit sama itu benda yg bulat2 tu..mcm butang juga la.)
Saya rasa, warisan ini harus diketengahkan dan diwariskan seni pembuatanya kepada generasi baru terutamanya masyarakat Dusun Kimaragang di kawasan Pitas, kerana tidak mustahil suatu hari nanti seni ini tidak ada pewarisnya lagi dan seterusnya pupus sama sekali.
Cuma satu yang saya tidak pasti, benarkah pakaian ini adalah pakaian tradisi masyarakat Dusun Kimaragang? Hanya kajian yang terperinci terhadap seni warisan ini yang boleh merungkaikannya.

P/s: Sudahlah nda kena ukur, pastu, main jahit2 saja...nasib baik muat jugak. Hahaha..
Read more...

Sunday, March 21, 2010

Macam-macam...

| | 0 comments

I was chatting with my ex-school mate last night n suddenly we came up with the topic which is about choosing a wife @ husband to be. Dia bilang, it is so hard to find a good wife nowadays bcoz katanya konon, perempuan skarang banyak yg suka mengejar kebendaan walaupun nda semualah.. He was right. I can see that there's so many girl prefer to choose someone rich so that they will be pampered with material things. but again, there's still a girl who prefer to be an independent and doesn't chasing richnest n materials from a guy. I knew a few of them n they are my friends. For me, i'm a kampung girl n i came from a poor family. And i know better how pain it is to be living in a tough way. But i do have a principal. As long as i live, i will never depending on my future husband neither my husband (soon) dari aspek financial la... And that is why i still remain single until now (as my age almost turn to 29th). Choosing soulmate isn't that easy nowdays. There's so many things we must consider of. Biasalah..skrg, byk barang naik.. If we want to survive walaupun tidak la sesenang mana, we have to - at least ada source of income.. N it started with our own responsiblity to be as hardworking as we could when we're young.
Read more...

Friday, March 19, 2010

Yakin Boleh!!!

| | 0 comments

Gementar ada, risau pun ada.. Macam2 perasaan bercampur2 dalam hati sanubariku ini konon..haha... 3 april 2010 ni saya akan bertanding dalam Final Carta Lagu Artis Sabah.. Saingan pun bukan alang2. Felix Agus ada, kumpulan JiAja pun ada, tidak lupa juga Amie Joba, Janrywyne, Cha, Henry dan Kumpulan Andalusia. Bukanlah bah takut nda menang..tp takut "terkiok" ka...terlebih nervous sampai nda tekeluar suara kaa... Apa tidaknya, inilah pengalaman pertama saya bertanding dalam peringkat negeri.. Tambahan lagi, saya memikul tanggungjawab untuk mendendangkan lagu ciptaan Jasni MY dan Ramli A. Carlo. So, dorang mesti la mengharapkan sa agar dapat membawakan lagu dorang dengan baik.. Dan, tambahan pula lagi, saya adalah peserta pertama..kiranya, saya la yg rasmi gelanggang perlawanan..hahaha..(padahal bagagar sudah itu lutut) hahahahha...

Tiada apa yg saya boleh buat selain cuba buat yg terbaik. Apa yg saya katakan pada diri saya ialah supaya saya dapat buat persembahan yg terbaik, jaga kawalan vokal dan pastikan supaya semua hadirin terhibur. oh ya, satu lagi..."BERDOA" supaya nda nervous. Semoga berkat doa rakan2 dan keluarga, saya bisa melakukan yang terbaik.. AMIN.. Kalah atau menang, belakang kira. Kalau kalah pun, tetap ada hadiah bah..hehehe.. Kalau menang tu, kira bonus la, kan? Jadi, org tua bilang, nothing to lose..
Read more...

Sunday, February 21, 2010

I wish if i can turn back time.....

| | 0 comments

It's sound impossible n yah..it's impossible...but i've always dreaming about this..What would u do if there is a time machine or time traveler or apa2 aja yg boleh bawa kita ke zaman silam? In which past time would u prefer to go?
well, for me, there's so many time that i'd like to return to.. Saya mau kembali ke zaman kanak2..zaman persekolahan...missing the moment with friends.. Kalau la masa bleh putar balik, saya mau ambik jurusan lain la..jurusan yg menjurus kepada karier saya sekarang, mungkin..
ah..banyak la..tapi tu hanya angan2..kompom nda akan berulang punya la..
apa yg pastinya, kehidupan harus diteruskan dan perbaiki mana yg silap or terkurang...sebab hakikatnya, apa yg suda berlalu takkan terulang kembali...Ahhhh!!!!!!..kalau la masa buli di ulang.... (nda habis2 mengkhayal bah!!! *DUSH!!* keras kepala!!)
Read more...

About Me

My photo
I am spirit, I am voice I am memory, not recalled I am chance, I am cause I am effort, blocked and walled I am hymn, I am heard I am reasoned without rhymes I am past, I am nearing I am present in all times I am many, I am no one I am seasoned by each being I am me, I am you I am all-souls now decreeing

Followers

HeALinG MuSiCs

~Apa KoMeN aNDa?~




ShoutMix chat widget


UtaRa.FM









 
 
 
top