Lama nda blogging.. tiba2 saja terlintas di fikiran utk blogging hari ini.. Ni semua gara mimpi buruk saya malam tadi...(bukan malamlah rasanya, macam pagi sudah tu...haha). Di mana dalam mimpi saya tu, saya bertengkar dengan adik saya. Kononnya waktu itu, adik saya berada di tangga tingkat atas rumah kami (macam apartment) dan saya pula di bawah (halaman bangunan rumah (apartment). Dalam keadaan marah adik saya membuang semua barang2 yg saya hadiahkan/beri kepadanya termasuk cermin, dan macam2 lagi.
Punca pergaduhan tersebut kononnya adalah ketidak puasan hati adik saya tentang kehidupan kami waktu itu yg agak 'sempit' dan serba kekurangan. Menurutnya konon, dia lebih senang sekiranya dia hidup sendirian dan tidak tinggal bersama2 dengan saya. Segala keburukan semasa kami tinggal bersama2 diungkitnya. (makan nasi tapau berlaukkan daging sama ayam pun diungkitnya bah! Haha..)
Yang membuatkannya lucu, adik saya menggigit cermin muka sehingga pecah sambil membalingkan serpihannya kepada saya. Saya bertekak dengan adik saya sehingga suara saya hampir tidak keluar gara2 terlalu banyak menjerit.
Apabila saya terjaga, saya masih lagi tersedu2 dalam tangisan..
Sebenarnya, ini kali kedua saya bermimpi adik saya mahu berpisah dengan saya. Dalam mimpi saya yang pertama tu, kami tidaklah sampai tahap gaduh2..cuma dia cakap, dia lebih senang kalau dia hidup sendiri..masa tu pun, saya menangis selepas bangun dari tidur saya.
Apa maksud mimpi saya tu? Bukannya mau percaya dgn mimpi tp orang bilang, kadang2 kita diberikan petunjuk atau petanda melalui mimpi. Saya ada juga cuba2 google maksud mimpi saya. Kebanyakan tafsirannya membawa maksud yg agak menyenangkan la..:).
1. mimpi berkelahi dengan org - akan mendapat wang
2. Mimpi menjadi Bisu/ seolah-olah bisu - kata-kata kita tidak dipercayai teman2
3. Bermimpi tentang keluarga - perjodohan akan segera tiba. Bagi yg sudah berumahtangga, cita2 akan berhasil.
4. Mimpi dimaki orang/teman - akan mendapat wang dengan segera
5. Mimpi sedang menangis - anda akan mendengar khabar bahagia
6. mimpi menangis dgn air mata bercucuran - datang rezeki besar berupa wang kpd anda.
7. Mimpi melihat rumahnya menjadi tinggi - akan mendapat rezeki lagi.
8. Mimpi melihat cermin pecah - akan ada musibah yang membayangi anda.
Apapun, Hanya Tuhan yang patut dipercayai. Bagi saya, mimpi boleh dijadikan panduan tapi bukan utk dipercayai..:) semoga pergaduhan seperti dalam mimpi ni tidak berlaku kepada saya. I love my younger sister very much...God Bless her..