Hati sa sangat tersentuh bila ada seorang kawan meluahkan kepada saya yang dia rasa sangat rendah diri dengan taraf dirinya dengan seorang artis,walhal dia ni pun artis juga.. menurutnya walaupun dia ni seorg artis,namun dia tidak rasa pun yang dia seorang artis.. Tidak dinafikan juga la yang memang wujudnya taraf amatur dan profesional dalam bidang nyanyian ni.. Tapi bagi saya, amatur ka....profesional ka..sama aja ba..amatur - kerana seseorang tu masih baru dalam bidang tu..tapi macamana pun, tunjang atau akarnya adalah sama..kedua2nya mempunyai bakat yg sama.. jangan2 si amatur ni lagi bagus kualitinya dari si profesional..
Berbalik kepada cerita pasal si kawan yg rendah diri ni, gara2 perbezaan yan g dilihatnya ni, dia pula rasa rendah diri dan hilang keyakinan terhadap kemampuannya sendiri.. Dia malahan lebih banyak memperkatakan tentang album artis yg dianggapnya profesional ni berbanding albumnya sendiri. Dia sanggup give-up demi ingin menaikkan album artis tu.
Melihat keadaan dan fikirannya seperti itu, saya rasa sangat kesian dan terharu la bah..apapun sa doakan semoga dia maju dalam bidang yg di ceburinya ni..semoga semangatnya naik dan tidak terlampau rasa rendah diri serta terus bersemangat...
Hana Khairunnisa Binti Musli puteri kedua ku
6 years ago
0 comments:
Post a Comment
LUAH BICARA, BUKALAH MINDA.