Kalau ada sesiapa terbaca post sa sebelum ni http://queenbanditz.blterogspot.com/2010/09/mimpi-burukku.html ini kesinambungan mimpi saya tu. Rupanya, memang saya dan adik saya telah terpisah. Jangan terkejut..saya dan adik saya bukan berpisah dan putus saudara... Sebenarnya, saya telah mengambil keputusan untuk berpindah di kampung. Memang agak sedih kerana meninggalkan dia sendirian di ibukota, tapi apapun, saya berharap dia dapat menyesuaikan diri sendirian. Saya seringkali merindui dia dan pernah menangis kerana terlalu rindukan dia. Kami juga sering berhubung melalui video chat di skype.
Mengapa saya berpindah di kampung? Menjadi harapan keluarga adalah satu tanggungjawab yang besar. Bukanlah adik beradik lain tidak membantu, namun sayalah satu-satunya anak yang bersekolah hingga ke menara gading. Jadi, secara tidak langsung, tanggungjawab menjaga keluarga itu terletak di bahu saya. Kadang kala, agak stress juga bila pada masa yang sama, saya memikirkan tentang masa depan saya... Namun, saya harus tabah menggalasnya. Sungguh pun terpaksa berpisah dengan adik kesayangan saya, saya kuatkan semangat dan harus menggalas tanggungjawab saya sebagai anak.
Apa yang saya harapkan ialah, semoga perpisahan ini
berbaloi dan tidak disesali.
Good luck untuk adik saya
dan
Good Luck untuk saya..
0 comments:
Post a Comment
LUAH BICARA, BUKALAH MINDA.