I'm watching 2012 that time when i received a phone call from a friend saying that something terrible happened with his friend. He tells me that his friend was involved in that tragedy. A few of the victims was survived, other's killed and there's a few more missing. I can't imagine if this tragedy happen to my family... Sangat menyedihkan. Walaupun saya tidak mengenali mereka, namun saya berasa sangat sedih.
Baru mau pi beraya di rumah family, tapi tidak sempat pula..karam di tengah lautan. Bayangkan sajalah kebanyakan mangsa adalah terdiri daripada satu keluarga..Bagaimanakah ahli keluarga mereka yg lain menguruskan jenazah? Kadang saya terfikir adakah ianya keinginan yang Esa? Kalau segala sesuatu yang berlaku tu ada hikmah, apakah hikmah disebalik semua tragedi yang menyedihkan seperti ini?
Dalam tragedi ini, seramai 7 orang juragan terselamat, 5 orang meninggal, 5 orang terselamat dan 12 masih hilang.
Sebagai insan yang masih hidup, apa yang kita boleh lakukan ialah mendoakan ahli keluarga mereka agar tabah melalui dugaan ini. Kepada ahli keluarga mereka yg tidak berjaya diselamatkan, moga roh mereka bersemadi dengan tenang.
For those friend who wanted to stay on up to date with the news, you can refer to this link http://www.facebook.com/group.php?gid=190163668215&ref=mf
Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan, sila salurkan terus ke akaun MAYBANK Wahadhir bin Hamdan (salah satu mangsa bot karam yang terselamat) bernombor 160072387929.
4 comments:
Salam dari saya di Johor Bahru, kebetulan 3 orang yang terselamat itu adalah keluarga saya iaitu Sudin sugiman bapa saudara bersama 2 anaknya iaitu sepupu saya. Semoga Allah memberi kekuatan iman kepada beliau dan mempertemukan mangsa yang hilang.Wassallam
Zulkifli Noriman Sugiman
salam..
saudara ini insyaAllah salah satu hikmah dari tragedi ini. setelah mendengar penerangan ustazah yg bercerita dgn linangan airmata mungkin krn melihat kebesaran Allah dan Rahiim Allah kpd hamba2Nya sy pun hilang rasa takut/fobia utk menaiki bot sy juga menharap kematian seumpa ini..insyaAllah..dan keluarga yg beriman sepenuhnya kpd Allah AsSamad
TANDA-TANDA DAN SIFAT MATI HUSNUL KHATIMAH (V)
Tazkirah 117 (dari http://www.tranungkite.net/lama/c02/finaz126.htm)
…bersambung
2. TANDA-TANDA DAN SIFAT MATI HUSNUL KHATIMAH
7. Mati Kerana Sakit Perut
Walaupun sakit perut pada anggapan kita sebagai sakit biasa, tetapi sekiranya orang yang menghadapi sakit perut dengan penuh redha dan sabar menahan sakitnya sehingga membawa kepada mati, maka matinya dikira mati syahid atau husnul khatimah.
Terdapat hadith yang menegaskan tentang hal ini, maksudnya :
“…barangsiapa yang mati sakit perut, maka matinya dikira mati syahid” (Muslim)
Terdapat dalam sebuah riwayat bahawa Abdullah bin Yasar berkata : “Ketika aku bersama Sulaiman bin Surdi dan Khalid bin Urfutah sambil bercerita. Salah seorang daripada keduanya berkata; ada seorang lelaki meninggal dunia kerana sakit perut. Kedua-duanya memang bersaksi bahawa lelaki itu mati. Salah seorang berkata pada seorang yang lain; tidakkah engkau pernah mendengar bahawa Rasulullah saw pernah bersabda : “Barangsiapa yang mati kerana sakit perut, maka sekali-kali ia tidak diazab di dalam kuburnya”. Salah seorang keduanya menjawab; “betul”. Dalam riwayat lain disebut bahawa salah seorang daripada berkata; “benarlah engkau” (Riwayat An-Nasai, At-Tirmizi dan Ibnu Hibban dalam sahihnya).
8. Mati Kerana Tertimbus Runtuhan Bangunan Atau Tenggelam Dalam Air
Orang mukmin yang mati kerana tertimbus oleh runtuhan bangunan atau tanah dan juga mati kerana lemas di air dikira termasuk mati husnul khatimah.
Terdapat hadith mengenai perkara tersebut. Hadith riwayat oleh Imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi, bahawa Rasulullahs aw bersabda yang maksudnya :
“Orang-orang yang dikira mati syahid ada lima (5) golongan :-
a) mati kerana taun
b) mati kerana sakit perut
c) mati kerana tenggelam di air
d) mati kerana runtuhan bangunan dan tanah
e) mati kerana membela agama Allah (jihad fisabilillah).”
9. Mati Hamil atau Mati Beranak
Apabila seseorang wanita hamil hasil daripada perkahwinan yang sah, ketika ia melahirkan anak, anaknya tidak dapat keluar dan menyebabkan ia mati, maka matinya dikira mati syahid atau mati husnul khatimah.
Terdapat keterangan hadith bahawa Rasulullah saw pernah ditanya tentang apakah ada lagi jenis kematian selain mati di emdan perang yang termasuk syahid, lalu Rasulullah saw menjawab; “Mati seorang perempuan kerana mengandung (tak dapat atau susah melahirkan anak) juga dikira mati syahid dan di akhirat ia ditarik oleh anaknya masuk ke dalam syurga”. (Riwayat Imam Ahmad, Dairami dan Thayalisi dan sanadnya sahihnya).
…bersambung
Kitab rujukan : Lambaian Wajah-Wajah Kematian oleh Ustaz Jaafar Salleh (terbitan Al-Hidayah Publisher) maaf zahir batin
maaf terlalu panjang komen hamba..salah seorang yg terlibat kami sekeluarga kenal sebagai Abang Agung sgt baik hati orgnya pernah membantu anak saudara sy yg terjatuh ke dlm sungai sehingga kaki arway tersangkut mata pancing wlupun bapa anak kecil ada disitu dia lebih dahulu terjun tanpa fikir dua kali selain itu arwah juga pernah bantu saya membersihkan pejabat tanpa upah sesen pun sy sgt terharu dgn apa yang berlaku dn mendoakan yang insan yang ditinggalkn akan dikurniakan ganjaran yang tinggi oleh Allah atas kesabaran dn redha terhadap ketentuan Tuhan AlWahid. rujuk buku 'Rahmat Dalam Dugaan' insyaAllah sakit bertukar menjadi nikmat airmata kesedihan hanya luaran sedangkn jauh dilubuk hati tersimpan kerinduan kepadaNya yg amt mendalam..
wasalam
hamba musafir lalu..maaf zahir dan batin.
Salam2 saudara2 yg telah meninggalkan komen di sini. lebih seminggu tagedi ini telah berlalu. Khabarnya, kesemua mangsa yang tidak terselamat telah ditemui dan telah pun dikebumikan. Memang hakikat yang menyedihkan..tetapi, sesungguhnya, mereka telah pun pergi menemui Tuhan, lebih dulu dari kita semua.. Sebagai insan yg masi bisa bernafas, tragedi ini banyak memberi keinsafan kepada saya secara peribadi..Kematian itu semua atas ketentuan dariNya. Biar apa pun cara kita mati kelak, minta2 kita mati dengan iman dan yg cukup di dada. Amin.
Post a Comment
LUAH BICARA, BUKALAH MINDA.